AndA kan RajiN-ok klik

June 02, 2011

Apa Suma Ni!!!

assalamualaikum
post ni menanda kan yg aku akan balik ke kampung halaman
haha..excited..serius
dah setahun lbh ndak blik kampung kan
mestilah excited
mntau dkt kampung aku dah ada menara berkembar
haha..mnalatau kan2..
yupp..mmg pelik tiba2 buat post..hari khamis plak tu..mmg pelik sbnar nya sbb aku ponteng hari ni..haha
kalau boss aku baca post ni..mungkin dye nak ckp u fired !!! dengan keyakinan yang tinggi..

hujung bulan lalu hari2 ku dah x sama dengan hari2 sebelum
da xdek msj2 awek mcm dulu
da xdek gelak2 sorg kat blik
da xdek semua yg dulu
yg mac ada cuma aku
dan cuma diriku
hoho...anyway hidup mesti jalan jugak walau pun ada rasa kurang somewhere
so xpayah cerita banyak aku rasa korang2 yg baca post ni tau apa aku mksd kan2

lupa nak ckp aku blik rumah kesayangan 20.6
fligt pukul 8 lbh cam tu la
sampai pkl 10...
tu jak mau ckp sbnarnya
so harap hari2 aku di mudahkan..amin
ok semua have a great day!!!

April 07, 2011

assalamualaikum
jawab cepat
lama x update na

xda apa2 yg menarik hari2 sebelum ni dan hari ni
cuma mau bicara tentang aku sndiri
aku memang ingin tambah kan ilmu yg cetek tntg islam ni
takut jahil ngan diri sendri pulak kalau tak tau
tapi
tapi
tapi
tapikan
orang cerdik pandai tentang agama pun berbalah mcam mana tu
adesss
patut la umat nabi yg terakhir ni banyak ganjarannya
sebab kita tidak dpt melihat tpi kita beriman dgn rukun2 iman
dengar memang mudah tpi bagi yg cetek pengetahuan nya cam aku ni..
mau berenang di tmpat yang dalam takut tenggelam
so aku kena la belajar swim sikit2 kan2
masih perlukan bimbingan
ofcozz
terlalu banyak hal2 yang menjadi isu
smpai ada yang berpegang sehingga mejatuhkan hukum murtad pada orang
smoga kita dapat hidayah yg baik n ndak terpesong

baca punya baca punya baca punya penat
hahaha
1 artikel yg aku jumpa mmg betul2 menarik...asal bc nak jak senyum..haha
ni artikel nya..
agak panjang tapi puas hati..mcam power root..haha
..........................................................................................................................


Oleh : Ustaz Nazrul Nasir

Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia.

Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.

Sikap pemuda yang mengaku mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain malah  menuduh bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya.

Benarlah kata para ulama  :




Di sini saya akan mengolah semula cerita tersebut sebagai panduan kepada kita semua. Kisahnya begini :
Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.
Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?
Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.
Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”


Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?


Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.



Sumber  : http://nazrulnasir.blogspot.com/2011/01/mengapa-tidak-terus-minum-daripada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+DariAnjungAlAtrak+%28Dari+Anjung+Al+Atrak%29

Biodata Penulis :

Penuntut Ilmu dari Anjung Al Atrak, Masjid Al Azhar. Tahun Akhir Kuliyyah Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al Azhar As Syarif. FELLOW MANHAL Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

.......................................................................................................................
so sekian...
smpai jmpa lgi

February 27, 2011

to make u feel better

white does not makes u better
black does not makes u bad
its all about your act
for now people care about

  • how shiny & soft your skin are
  • how skinny u are
  • how clever u are
  • what have been u achieve
  • how much money u make
  • how big your house are
  • what dress u wear
  • how much their are
  • hows your work
  • are u taken dip,degree or phd
what the tutttt with all that..
i'm not perfect
i cant speak English like u do
i cant even spell my name in Spanish
lol..
an a year ago
there is one person that always think that he makes a good job than others
maybe he not think it but i can see that when he react in some situation
when we got an assignment 
the work that we have finish he will check it up and edit it
i think that was OK..
he do got talent to be a leader or something but he shows us that he underestimate us
yeah maybe i do not know how to do it
but u can just show me how to do
don't just go talk to others 
"hey,that guy is stupid ,he cant even say his name in Italian.."
who do u think u are?
king or something?

yup..people do got a same brain that u got 
but people don just think like what we think right now or second ago
some of u do
but some not..
that why democracy happen..right?
so just be calm 
istighfar more and more till the time no more
Allah will always be with you..

have a wudhuk(kitkat)
have a break

Assalamualaikum..
kalau x jawab dosa kalau jawab "sayang" <-- i feel funny about this line that their use it..on utube or some others blog..but its kind a sweet..haha

.......................................................................................
wahhh..tahun ni..ni post kedua..lol
kata member ak 1XX something taboleh jadi penulis..jadi ak lagi truk..haha
anyway thanks to follower and u has read this..
its kind a crap..it is? u make a choice,,hihi
sampai berjumpa lagi..:)



January 19, 2011

Nauzubilla_minzallik


MURTAD Perertian Murtad, Ialah orang Islam yang terkeluar dari Islam yakni 


mengingkari semua ajaran Islam, baik dari segi keyakinan, ucapan dan/atau 


perbuatannya. Semua amalan orang murtad akan dimusnahkan dan tidak nilai


pada hari akhirat nanti. Apabila ia tidak segera kembali kepada Islam serta 


bertaubat bersungguh-sungguh. 




Hubungan Orang Kafir. Berhubungan Muslim dengan Orang kafir adalah tidak 


dilarang, dicegah bahkan dibolehkan oleh Islam, KECUALI adanya perhubungan


(bertujuan) untuk memusuhi Allah dan RasulNya (hukum Allah), termasuk


merosakkan aqidah Islam.




ni komen yg aku jumpa dekat pesbuk


ndak tau la plak org seperti ini wujud


jabatan agama islam pi la jenguk2 orang ni


aku rasa dya mmg perlukan bimbingan


bukan aku mau belagak pulak...harap jgn slah faham


cuma bimbang akan saudara2 ku ni


sbb aku pun ndak tau mcm mana mau nasihatkan orang ni


sbb tu la aku merujuk kepada lebih pakar


murtad adalah tanggungjawab seluruh umat islam..takut nanti kita akan di 


soal kenapa budak ni murtad


doakan la dya dapat hidayah aminn


bukan nasihat maki hamun...aku pun mmg rasa nak maki tpi kita bukan di ajar 


sebegitu kan2..


aku bukan la alim ulama


tapi sebagai saudara seislam anda


just dapat bagi tunjuk yang mana kanan yang mana kiri


selamat beramal...


>>info:zaman fasyak mungkar siapa yang beramal dengan sunnah nabi kita


akan di beri ganjaran 100 pahala mati syahid.umat dahulu sebelum kita ingin 


mendapatkan 1 pahala mati syahid adalah dengan berperang dan mati di jalan 


Allah...kita umat nabi yang terakhir amat beruntung ,sgt2 beruntung..mati  


syahid Allah bagi ganjaran wajib syurga baginya..inikan pulak 2 pahala mati 


syahid...tapi kita di beri lebih lagi dari tu 100 pahala mati syahid..masyaAllah..